Kuntum Cinta Di Taman Syurga by Thoyba MursyidahMy rating: 3 of 5 stars
KCTS merupakan novel berwarna merah jambu yang mampu membuat pembacanya kelihatan jambu. Di berikan (tapi terpulang kembali pada tuannya) oleh senior si penulis, saya teragak-agak untuk membaca karya ini. Mungkin kerana mahu mengisi masa luang yang wujud waktu percutian di New Zealand lepas, saya mampu menghabiskan pembacaan buku ini.
Jelas pemilihan tajuk buku memainkan peranan. Saya dan kawan-kawan beberapa kali menyoalkan tajuk buku yang berbunga-bunga pabila novel ini membawakan tema DAKWAH. Hal ini kerana, novel ini mungkin gagal menggamit hati remaja lelaki untuk membacanya.
Alhamdulillah, novel ini sarat ilmu dan kisah perjuangan watak utamanya- Fida'el Alhumaidi (nama ini juga seperti kurang sesuai) dalam menegakkan institusi dakwah di kampus. Pelbagai mehnah terpaksa dilalui oleh dia dan rakan-rakan dalam menerbitkan syiar Islam yang telah padam di kampusnya.Wujud pula watak yang pemberontak walaupun turut sama mahu menyebarkan syiar Islam dengan kumpulan tersebut.
Namun peleraian cerita ini begitu mudah bila klimaksnya sudah agak mendebarkan.
Mungkin penulis bisa berusaha lagi pada masa akan datang.
View all my reviews







![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)













1 comments:
Terima kasih atas komentar yang diberikan :-)
Post a Comment