Friday, 11 November 2011

Kembali menulis

1 comments
Salam semua...
Oh saya sangat sedih kerana baru beberapa minit lalu terlepas peluang menikmati Easyway percuma kerana tak perasan dia call!!! cis la.. xde rezeki.. penat laa mengampu oi!

Sekarang rasa nak tulis novel laa.. Urm tapi xtaw la.. takut.. takut.. takut... takut tiada idea yang bernas.. (lagu penakut by Yuna berkumandang)..
Rasa nak habiskan baca novel best-seller "before i go to sleep" tapi malas.. malas.. malas..yang dah separuh baca "sutera bidadari ada di rumah lagi satu... dan malas nak ke sana.. oh, sekarang ada dua rumah la katakan...

semalam pergi coles, woollworth, kmart beli barang2 nak buat dessert/pastry tapi tak mula lagi... maybe petang nie ..

yang penting exam dah habis!!!! bye
nak makan macaroons!!!

Wednesday, 14 September 2011

Contengan Jalanan

2 comments
Contengan JalananContengan Jalanan by Hlovate
My rating: 4 of 5 stars

Terer ah makhluk nie dapattulis dua cerita dalam satu novel... Tak macam orang lain yang buat banyak sambungan, dua cerita nie hadir dalam satu buku kompak. Masalahnya aku tak tahu nak baca mana satu dulu sebab dia punya 1 ngan dua tu tak berapa jelas. Dan lagi, kau patut tau yang Hlovate suka guna nama2 yang rare! jadi nama K2 dan Fend tu tak sangat tak terjangkau. Tambah lagi bila ada II-K2 kat depan....macam rumus matematik la pula.

Apapun, ceritanya bagus..Tak berapa nak str8 foward walaupun penghujungnya boleh ditebak tapi laluan ke hujung jalan tu sangatlahhhhhhhhhhhhhh berliku. Best kot dapat jalan2 pi Sydney bagai..Even most places kat Oz yang diceritakan aku pernah pergi.. Huhu...

Ok, gerek gila...Bacalah.. Novel nie agak 'preachy' sebenarnya but interesting kot. Banyak gila perkara yang kau tak sangka keluar daripada seorang Hlovate (aku nye POV laa) ada dalam buku nie..

Dahtu, siap ada jadual amalan sume2.. Kitab agama pun lom tentu ada bende2 nie..

Adios


View all my reviews

Wednesday, 10 August 2011

Hari Terbuka

1 comments
Assalamualaikum
Lama kan dah tak menulis.. Dah tak kencang macam dulu...

Heh, rasa tajuk blog nie random gila ke? tiba-tiba cerita hari terbuka?
Taklah... kat Oz ni sekarang tengah musim hari terbuka uni/sekolah... masing-masing dok sibuk invite orang luar datang jenguk sekolah/uni. Lantas aku teringat kisah dulu kala..

Dulu masa sekolah kat M'sia ada je hari terbuka ni.. Tapi fungsinya nak jemput mak bapa ambil report card anak+anak suka coz balik cepat. Aku rasa konsep tu salah kan? Dah nama hari terbuka, patut semua orang boleh datang secara bebas. Bukan hanya ambil report card bla bla pastu cerita kat mak bapa anak nakal bla bla.. tapi patutnya sekolah jemput semua orang kenali sekolah tu. apa produk yang ada kat sekolah tu. apa pencapaian dia, pencapaina murid2 dia?
bukan tertumpu dekat akademik je patutnya... ye dak?

kesianlah budak2 yang dok harum nama sekolah tak diiktiraf pon..mak bapak xtaw pun sal kecemerlangan lain sekolah tu.. balik2 akademik je kan?? kan???


haha..aku memang bias+aku tak suka hari terbuka masa sekolah dulu. TITIK!

Thursday, 4 August 2011

Rezeki Ramadan

1 comments
Assalamualaikum

Mungkin ramai di antara yang mengahrungi pelbagai mehnah atau ranjau ketika bermulanya bulan Ramadan yang mulia ini. Ada yang terpaksa berjauhan daripada keluarga, ada yang terpaksa mengikat perut kerana wang, atau ada yang ... macam-macam lagi. Tapi disebalik kesempita-kesempitan yang wujud di sekeliling kita, janganlah kita lupa bahawa bulan Ramadan ni bulan berkat dan banyak rahmat yang Allah turunkan ke atas muka bumi nie. Jadi, di sebalik kesusahan yang kita lalui, fikirkan perkara posistif dan hikmah yang menanti kita kelak. Insyaallah kita akan menjadi makhluk yang bersyukur. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Wednesday, 3 August 2011

Review: Kuntum Cinta Di Taman Syurga

1 comments
Kuntum Cinta Di Taman SyurgaKuntum Cinta Di Taman Syurga by Thoyba Mursyidah
My rating: 3 of 5 stars

KCTS merupakan novel berwarna merah jambu yang mampu membuat pembacanya kelihatan jambu. Di berikan (tapi terpulang kembali pada tuannya) oleh senior si penulis, saya teragak-agak untuk membaca karya ini. Mungkin kerana mahu mengisi masa luang yang wujud waktu percutian di New Zealand lepas, saya mampu menghabiskan pembacaan buku ini.


Jelas pemilihan tajuk buku memainkan peranan. Saya dan kawan-kawan beberapa kali menyoalkan tajuk buku yang berbunga-bunga pabila novel ini membawakan tema DAKWAH. Hal ini kerana, novel ini mungkin gagal menggamit hati remaja lelaki untuk membacanya.


Alhamdulillah, novel ini sarat ilmu dan kisah perjuangan watak utamanya- Fida'el Alhumaidi (nama ini juga seperti kurang sesuai) dalam menegakkan institusi dakwah di kampus. Pelbagai mehnah terpaksa dilalui oleh dia dan rakan-rakan dalam menerbitkan syiar Islam yang telah padam di kampusnya.Wujud pula watak yang pemberontak walaupun turut sama mahu menyebarkan syiar Islam dengan kumpulan tersebut.


Namun peleraian cerita ini begitu mudah bila klimaksnya sudah agak mendebarkan.


Mungkin penulis bisa berusaha lagi pada masa akan datang.




View all my reviews